Pergi ke kandungan

Muzium Geologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi
Kompleks BPT Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Nombor sekolah6055406000
Faks6055406100
Laman sesawang
Map


Muzium Geologi Ipoh merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak, Malaysia.

Muzium Geologi ditubuhkan pada tahun 1957 bagi menyimpan spesimen-spesimen rujukan hasil kajian geologi yang dijalankan oleh pihak jabatan yang pada dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Hasil proses naik taraf yang dijalankan pada tahun 2009, muzium geologi kini berwajah baru dengan menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Muzium bertaraf lima bintang ini kerap kali menjadi pusat rujukan para peminat batuan berharga (semi precious stone) dan para pengkaji khasnya ahli-ahli geologi dari segenap pelosok dunia.

Pemandangan pada waktu malam

Selain hasil pameran yang menarik, seni bina bangunan era kolonial yang didiami oleh muzium geologi ini turut menjadi perhatian dan tumpuan para pelancong ke negeri Perak. Bangunan yang dibina sekitar tahun 1956 ini turut menempatkan pusat operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG) iaitu antara jabatan tertua yang ditubuhkan semenjak zaman pemerintahan British di Malaya. Perak.

Seni bina bangunan kolonial kontemporari pada era sebelum merdeka diabadikan pada Muzium Geologi Ipoh

Pembukaan rasmi

[sunting | sunting sumber]

Pembukaan muzium geologi, Ipoh ini telah disempurnakan oleh Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia pada 1 November 2011.

Maklumat lanjut

[sunting | sunting sumber]

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi

Muzium Geologi,

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,

Jalan Sultan Azlan Shah,

31400 Ipoh, Perak.

No. Tel : +605-5406000 (En. Chin dan Tn. Hj. Mohd Zaidi)